Pertandingan Video Science is Fun!

Melalui Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat, Fakulti Biokejuruteraan & Teknologi, UMK telah menganjurkan pertandingan video Science is Fun! Yang bertujuan memupuk minat pelajar di peringkat awalan terhadap subjek sains. Pertandingan yang bermula pada 13 Disember sehingga 28 Disember ini merupakan aktiviti penutup tahun 2020 yang mensasarkan kepada pelajar sekolah berumur 10-12 tahun dengan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 150 bagi pemenang pertama dan sijil digital. Selain itu pemenang bonus video “like” tertinggi di facebook juga turut menerima ganjaran. Melalui pertandingan ini, peserta di minta untuk menyediakan video eksperimen sains yang berdurasi 3 minit. Video yang telah dihasilkan perlulah di muat naik di dalam facebook atau instagram peserta atau penjaga dengan tanda pagar #FBKTohsem dan #Sciencefunfbkt. Hasil dari pertandingan ini, 22 penyertaan telah di terima dan enam penyertaan telah berjaya melepasi tahap saringan dan disenarai pendek. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.

Dr Zubaidah Aimi Abdul Hamid